Hong Kong Krisis_Kewangan_Asia_1997

Pada Oktober 1997, dolar Hong Kong, yang ditambat 7.8 kepada dolar Amerika Syarikat (AS), mendapatkan tekanan spekulatif kerana inflasi Hong Kong lebih tinggi jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat selama bertahun-tahun. Pejabat kewangan menghabiskan lebih dari US$1 juta untuk mempertahankan mata wang tempatan. Meskipun adanya serangan spekulasi, Hong Kong masih dapat mengatur mata wangnya ditambat ke dolar AS. Bursa saham menjadi tidak stabil, di antara 20 sehingga 23 Oktober, Index Hang Seng menjunam 23%. Pada 15 Ogos 1997, suku bunga Hong Kong naik dari 8 % ke 23 % dalam satu malam.